Tuesday, February 24, 2009

PROMOSI PAKEJ FAMBIZ AGRO!!!


Ini adalah promosi pakej-pakej dari kami untuk anda. Pakej-pakej ini amat sesuai bg mereka yg ingin membuat ternakan di rumah. Di samping itu, anda boleh membuat pendapatan sampingan walaupun di rumah sendiri.. :D

Tuesday, February 17, 2009

KOLAM ANAK BENIH IKAN KELI





Ini pula adalah tempat kami membuat pembenihan untuk ikan keli.Jika anda berminat untuk mendapatkan anak2 benih ini bolehlah datang ke tempat kami.Tapi sebelum anda datang, sila hubungi kami dahulu. Takut tak ada orang yang jaga di kolam kami nanti. Penat je kalo datang dari jauh kami tak ada di kolam, kesian pulak. Harap maklum.. :)

Monday, February 16, 2009

TAPAK KOLAM KANVAS



Gambar di atas menunjukkan kolam kanvas kami semasa dalam pembikinan. Sekarang kolam kami sudah siap diisi anak benih yang kini sedang membesar. Buat masa ini kami memulakan dengan 4 kolam kanvas dahulu. Insyaallah ada rezeki nanti akan kami cuba menambah beberapa kolam lagi. Frame kolam & kanvas kami ini berukuran 8'x4'x3'. Muatan anak benih untuk satu kolam ini sebanyak 1500 ekor.






Air kolam ini kami menggunakan dari air anak sungai yang sememangnya ada di tempat kami. Jadi mudah sangat untuk kami menukar air. Jimat pun jimat. :)

Sunday, February 15, 2009

PERMULAAN PERTAMA FAMBIZ AGRO





Ini adalah langkah pertama bagi FAMBIZ AGRO di kenali oleh orang ramai di tapak EXPO NS AGRO BIOTECH DAY 2008, PAROI SEREMBAN, NS selama 6 hari.





Gambar di atas adalah antara produk-produk yang kami bekalkan. Kami juga membekal makanan ikan, anak benih ikan (keli, puyu & talapia) & juga sistem ternakan dlm kanvas (frame & kanvas).



ANAK BENIH IKAN

KAMI MEMBEKAL ANAK BENIH IKAN KELI, PUYU & TALAPIA.
ANAK BENIH BERSAIZ 3 INCI KE ATAS. HARGA DARI RM 0.15 SEEKOR.
JIKA BERMINAT & INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI FAMBIZ AGRO DI TALIAN 017-2272065.

Tuesday, January 27, 2009

PENGENALAN..

Fambiz Agro bermula pada bulan oktober 2008 dan ianya adalah sebuah syarikat kecil yg menjual sistem ternakan keli dlm kanvas dan anak2 benih ikan seperti keli dan puyu. Kami juga mempunyai pakej2 yg menarik bg mereka yg ingin menternak ikan keli@ puyu di rumah sendiri. Pakej ini amat menarik kerana ia boleh menjadi kerja sampingan dan boleh meringankan beban(cari duit lebih) bg mereka yg bekerja di pejabat @ di mana2 saja. Segala pertanyaan bolehlah hubungi :-

EN.NAZIZUL- 017-2272065 (hp)
@
boleh di emailkan pd:-
(fambiz_agro@yahoo.com)